Sunday, 15 October 2017

KELEBIHAN CALLING VISA

Tahukah anda kelebihan Maid Calling Visa dari Indonesia?

1) Terlatih 200 jam di pusat latihan di Indonesia

2) Tiada Handphone

3) Tiada cuti

4) Ready untuk bekerja sebagai maid bukan pelancong

5) Gerenti maid sihat sebab maid menjalani medical checkup sebanyak dua kali

6) Gerenti tak lari

7) Gerenti kerja mengikut kontrak dua tahun

8) Boleh buat pertukaran majikan jika tidak sesuai

9) Tidak memilih kerja

10) LEGAL dan sah mengikut undang-undang dua negara 

11) Mempunyai permit MAID

Friday, 13 October 2017

APA ITU CALLING VISA MAID?

APAKAH ITU CALLING VISA?


Calling Visa adalah proses untuk mendapatkan maid atau pembantu rumah yg mengikut prosedur yg betul dan telah ditetapkan oleh dua negara iaitu MALAYSIA dan INDONESIA. Dan masih ramai majikan yang tidak tau bahawa calling visa masih bole dibuat utk mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah dari Indonesia. Siapa yg cakap calling visa susah nak buat dan tutup tu mmg TIPU laaa...hehehe


Proses utk mendapatkan calling visa adalah amat mudah, nanti saya explain kat bawah ya mcm mn proses dan prosedurnya. Tapi saya just nak share sikit pasal kelebihan calling visa ni. Nak tau tak apa kelebihannya??


Kelebihan majikan mengambil maid calling visa ni adalah majikan memang dapat ambil maid yg terlatih 200 jam sebagai pembantu rumah dari Indonesia,so jika maid dah ada latihan sebagai pembantu rumah dari segi mental dan fizikal diaorg dah ready utk bekerja dan mereka dah tau semua syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kedua agensi di Malaysia dan Indonesia.


Contohnya maid tak boleh pegang handphone dan tak boleh pegang duit cash di tangan. So mereka akan mematuhi arahan dan peraturan agensi. Kemudian maid juga akan dibuat medical checkup terlebih dahulu sebelum di hantar utk proses buat pasport. Klinik yang digunakan utk membuat medical checkup di Indonesia adalah yang berdaftar dan terpilih sahaja secara online sama seperti FOMEMA di Malaysia. Jika medical di indonesia gagal, automatik maid tersebut akan di hantar balik ke kampung mereka dan tidak akan di proses utk membuat pasport.


Dalam masa yang sama kami juga akan mencari majikan dulu di malaysia dengan menunjukkan beberapa biodata yg boleh dipilih oleh majikan contohnya seperti di bawah. Kemudian kami akan mengadakan sesi interview melalui skype dan video call whatsapp dengan majikan dan maid. Kami akan guide majikan melalui interview tersebut.







Selepas majikan memilih biodata kemudian majikan hendaklah menyediakan dokumen yang diperlukan seperti dibawah utk melihat kelayakan majikan untuk mengambil maid. Kalau majikan yg tak layak pun x boleh ambil maid. Ini adalah utk mengelakkan daripada majikan yang tidak mampu membayar gaji maid.



setelah majikan submit semua dokumen yg seperti di atas kemudian APDI akan tunggu pihak agensi Indonesia utk update keputusan medical maid yang lulus akan dibawa ke imigresen indonesia utk menguruskan pasport. So total proses medical dan pasport siap adalah dalam masa 3 minggu. Setelah pasport siap diproses, salinan pasport maid akan di email ke agensi pekerjaan di malaysia iaitu APDI (Agensi Pekerjaan Daya Insani) utk dihantar proses seterusnya di malaysia.


Setelah pihak APDI menerima salinan pasport maid, pihak APDI akan meneruskan proses ini dengan menghantar dokumen majikan dan maid ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK), kebiasaannya proses di JTK mengambil masa dalam masa seminggu dan setelah mendapat kelulusan di JTK dan kesemua dokumen tersebut akan di hantar ke Kedutaan Indonesia di Malaysia dan kelulusan akan dikeluarkan selama 3 hari. 


Setelah mendapat kelulusan dari kedutaan Indonesia di Malaysia semua dokumen tersebut akan di submit secara online ke dalam sistem fwcms imigresen dan kebiasaan akan mendapat approval selama 14 hari. Kemudian kelulusan tersebut akan di hantar ke Imigresen utk mengeluarkan surat kelulusan seperti di bawah.



Setelah mendapat surat kelulusan ini, kemudian kami akan courier surat kelulusan original ini bersama dengan kontrak kerja ke indonesia. Dalam masa 3 hari surat original di terima di PT di Indonesia kemudian mereka akan proses surat tersebut dengan menghantar ke kedutaan Malaysia di Indonesia untuk mengambil visa kerja di sana.

Setelah visa kerjanya sudah siap kemudian PT indonesia akan belikan tiket untuk berangkat masuk ke Malaysia. Setelah tiba waktunya tarikh tiket, kami akan menyediakan dokumen kebenaran utk mengambil maid di airport. Setelah kami mendapat pas kebenaran utk mengambil maid di dalam airport kemudian kami bawa maid ke bahagian cop imigresen. Setelah di cop maid akan di bawa balik ke office dan di bawa medikal FOMEMA.



Setelah selesai medical FOMEMA, kami akan menghantar maid ke rumah majikan dan brief maid terlebih dahulu di depan majikan. Selepas 14 hari, medical maid lulus APDI akan mengambil sticker permit dan iKad utk maid di pejabat Imigresen yang telah ditetapkan seperti di bawah 






So siap laa proses Calling Visa maid kita...mudahkan cuma nak kena tunggu sikit laa lebih kurang 2 bulan.. so kepada majikan yg berminat utk mengambil maid calling visa bole lah plan awal awal ya... so memudahkan kerja kita semua...

Anda juga boleh follow link ni  http://www.apdi.com.my/booking-process.html utk lihat prosesnya dgn lebih detail....

Kalau ada mana mana majikan yang berminat dan terbaca tentang Calling Visa Maid ni bolehlah contact APDI utk mendapatkan keterangan lanjut dan juga booking maid.. Alamat kami dan contact number kami adalah seperti dibawah:

APDI - Agensi Pekerjaan Daya Insani Sdn. Bhd.

117A (First Floor), Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
 No Office APDI +60389122241
Whatsapp APDI +6019-6668924 @ +6013-2074489

www.apdi.com.my